Search This Blog

Lencana Kelana





1. LENCANA KEAHLIAN

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana,
sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli
dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan
Sedunia yang luas itu.
Sebelum dilantik menjadi Ahli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian, seorang Bakal Kelana akan
diuji dalam perkara-perkara berikut, untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam
berpengakap.

1. Memahami dan menerima Persetiaan & Undang-undang Pengakap.
2. Dapat menerangkan tujuan Pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana.
3. Mengetahui sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dan Pergerakan Pengakap Antarabangsa.
4. Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima enam jam.
5. Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut :
a. Buku Sila (Reef Knot)
b. Bunga Geti (Sheet Bend)
c. Simpul Manuk (Clove Hitch)
d. Tindih Kasih (Bowline)
e. Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch)
f. Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
g. Ikatan Seraya (Square Lashing)
h. Ikatan Serong (Diagonal Lashing)

6. Mengamalkan ajaran agama masing-masing.


LENCANA KEMAHIRAN (WAJIB)


Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana,
sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan
aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi
dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti
berkhemah, projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu
arah.


A. Berkhemah

1. Pengetahuan dan kebolehan berkhemah secara teori dan praktikal berdasarkan tajuk-tajuk berikut :
a. Pengurusan dan pentadbiran perkhemahan
b. Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan
c. Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan
d. Jenis khemah dan cara mendirikannya
e. Dapur, alatan dan Gejet serta kegunaannya
f. Aktiviti dan program perkhemahan
g. Kesihatan dan kebersihan
h. Aturan Penutupan Perkhemahan
2. Nota : Perkara yang perlu dibuat oleh setiap calon:
· Berkhemah seminima 10 malam di dalam siri-siri perkhemahan dan menyediakan laporan
perkhemahan
· Mendirikan khemah kecil / pondok untuk perlindungan

B. Projek Perintis

1. Mengambil bahagian berkumpulan membuat SATU Projek Perintis bagi setiap kategori yang
dinyatakan di bawah:
- Jambatan
- Menara
- Lain-lain (merangkumi projek perintis pengangkutan, permainan dan selain daripada yang
dinyatakan di atas)
2. Menyediakan model bagi semua Projek Perintis yang telah dibina dalam bahagian (1)
3. Pengurusan Kuartermaster : Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai
Kuartermaster yang menguruskan segala peralatan dan bahan projek perintis supaya berada dalam
keadaan baik, teratur dan selamat.


3. LENCANA PERKHIDMATAN (WAJIB)

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana,
sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu
pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan
tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan.


A. Bantu Mula – wajib

1. Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana persatuan atau manamana
Pegawai Perubatan bertauliah yang mengendalikan latihan rawatan dan pertolongan cemas
dalam jangkamasa tertentu.
2. Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan seperti butiran di bawah dan juga mempunyai
kemahiran bertindak member rawatan kecemasan:
-Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang memerlukannya.
-Mengetahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya.
-Mengetahui peredaran darah manusia serta jenis pembuluh.
-Mengetahui jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan dari
mulut, hidung dan telinga.
-Mengetahui cara merawat gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa.
-Mengetahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan, bahan kimia dan lain-lain.
-Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi
permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan.
-Mengetahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan.
-Mengetahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa
yang cedera.
-Mengetahui Peti Pertolongan Cemas serta alatan di dalamnya.


B. Kebajikan Am – Wajib

Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat.
DAN (Minima SATU daripada Bahagian C dan D)


C. Pemelihara Alam Sekitar

1. Calon dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau Jawatankuasa Program Daerah
untuk menentukan projek-projek kempen pemeliharaan alam sekitar yang dapat dijalankan di
tempat masing-masing dalam tempoh 3 bulan.
2. Antara projek-projek yang disyorkan adalah seperti:
- Kempen Kebersihan Alam Sekitar
- Kempen Kitar Semula
- Kempen Kawasan Angkat Krew


D. Kebajikan

- Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana alam
- Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana samada kepada Kumpulan-kumpulan
Pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk perkhidmatan berterusan.
- Menderma darah seminimum 3 kali kepada hospital kerajaan atau Pusat Darah Negara serta
mempunyai rekod yang sah.
- Menjalankan perkhidmatan di Rumah-rumah Kebajikan.





No comments:

Post a Comment